"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini diisytiharkan bahawa 1 Zulhijah 1430 Hijrah ialah pada 18 November 2009 Masehi.
"Oleh yang demikian Hari Raya Korban bagi negeri-negeri seluruh Malaysia ditetapkan pada hari Jumaat, 27 November 2009 Masehi"
Itulah ucapan yang biasa kita tunggu-tunggu bila nak raya. Tapi yang paling tak sabarnye bila nak raya aidilfitri. Masa nak ucapkan tu semua berkumpul depan tv semata-mata nak dengar pengistiharan raya. Lepas je habis pengistiharan smua bersorak gembira. Tapi hakikatnye raya di Malaysia tetap meriah...x kira hari raya aidilfitri @ raya korban.
Selamat bercuti dan selamat menjalani ibadah korban. Sape yang balik kampung tu bawa la kereta baik-baik. Jangan nak merempit..ingatlah orang yang tersayang...hehehe
SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Saturday, November 21, 2009 |
Category: |
Jam sudah pukul 6 sekarang ni. Member aku Cikod pun dah sampai dekat bawah ofis aku. Aku nak balik kerja kerja sekarang ni. Dari tingkat 18 samapi je ground floor keluar lif tengok luar...perghhh hujan lebat pulak..macam mana nak balik ni? dah la aku naik motor je. kalau aku redah je confirm basah lencun aku nanti ni. Tanya Cikod nak redah je ke? aku takpe ada bawa baju hujan ok la lg..dia takde baju hujan. Aku kesian dekat dia kena hujan nanti. Fikir punya fikir, akhirnya kita orang berdua ada 2 pilihan. No.1 pergi pavilion No.2 pergi klcc. Bincang-bincang pergilah klcc sebab jalan tak kena hujan..hehehe.
Sampai klcc tak tahu plak nak buka puasa dekat mana. Nak makan dekat foodcourt ramai sangat manusia. Akhirnya makan je la dekat KFC. Itu pun kena tunggu turn nak cari tempat duduk..nak makan pun susah sangat..hehehe. Dapat je tempat duduk aku pergi order makanan. Aku order set strimp stick saje nak terai. Cikod order snack plate. Buka puasalah kita orang dekat klcc ni. Bawah ni gambar-gambar kita orang...layan kan je ok....
..................................................................................................
nyum..nyum
sedap hingga menjilat jari
cikod
tak sabar nak makan dah ni
Thursday, August 27, 2009 |
Category: |
Sya'aban 1430 tak lama lagi akan meninggalkan kita, kini tibalah Ramadhan muncul semula. Satu bulan yang penuh berkat. Semoga Allah Menyampaikan kita semua bertemu dengan Ramadhan yang akan datang dan semoga kita semua memanfaatkan sepenuhnya Ramadhan kita kali ini.
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK 1430H
Friday, August 21, 2009 |
Category: |
Minggu ini memang makan je aku. Pagi tadi member ofis pulak bawa makanan. Adoi ..kenyang betul aku hari ini . Jimat pun ada juga, tak payah aku keluar duit nak makan tengah hari. Makan-makan semua ni sebab nak puasa esok. Makan simple je tapi kenyang samapai petang, sebab pagi makan tak habis simpan dalam peti sejuk petang pukul 3 panaskan balik sambung makan bagi habis. Simpan sape nak makan esok. Kejap lagi ada pulak yang makan tengah hari..hehe. Layan je la gambar kat bawah ni..
.....................................................................................
simple je makan hari ini
kami berlima je la yang makan tak henti-henti
Friday, August 21, 2009 |
Category: |
Thursday, August 20, 2009 |
Category: |
Minggu lepas hari Jumaat malam aku pergi perlis sorang naik bas. Dah lama juga aku tak pergi jauh-jauh naik bas. Rasa seronok pun ada, mana taknya selalu kena drive sendiri tapi malam tu aku ada driver (pemandu bas). Aku sorang2 naik bas AB express double decker memang best, duduk atas depan sekali syokk tuuu... Dari Shah Alam aku naik bas pukul 11 malam. Semua member rumah hantar aku pergi stesen bas, macam la aku tak nak balik lagi dah..hehehe..bkn ape dia orang risau aku terlajak ke siam..hehehe. Maklum lah pertama kali naik bas pergi Perlis. Sampai perlis pukul 6 pagi. Aku turun dekat Kangar. Pukul 7 baru member aku datang amik dekat stesen bas Kangar.
Lepas member aku amik dia bawa aku jalan-jalan dekat perlis. Memang best jalan tak jam macam dekat K.L. pergi mana-mana pun semua jalan line clear je. Rasa tak pening kepala tengok kereta banyak atas jalan. Banyak tempat juga la member aku bawa jalan-jalan dekat Perlis. Pergi shopping dekat padang besar pastu pergi gua kelam, makan dekat kuala perlis, makan cendol tapi aku tak ingat apa nama kedai tu, tapi memang popular ramai artis datang kedai tu. Sehari suntuk aku jalan-jalan saja. malam sebelum aku balik tu makan dulu dekat kopitiam ape ntah..tak best langsung servis slow, makan pun tak berapa sedap..hehehe..sorry ek sape orang perlis, bukan nak kutuk tapi tu la kebenarannye..
Aku makan nak cepat-cepat je. Tiket aku balik pukul 10 malam. Lepas habis makan je terus pergi stesen bas kangar. Bas sampai je..aku rasa nak balik Shah Alam ke? cepat je masa berjalan. Tapi tak apa lain kali aku datang balik...
Thursday, August 20, 2009 |
Category: |
Dekat bawah ni ada 2 video yang real jadi. Aku tak tau dari mana video ni datang. Aku dapat pn dari email orang hantar. Tempat lain mungkin ada. Dalam industri pembinaan dekat Malaysia mungkin takde dan tak mungkin ada. Kalau nak tau tengok la sendiri video ape...
..............................................................................
Monday, August 10, 2009 |
Category: |